Lanjutan itu, pada 8 Oktober 2009, satu program Qua-Qua telah diadakan oleh LUAS bersama IWK yang bertujuan untuk memberi pengenalan yang lebih lanjut kepada pihak IWK mengenai Program Qua-Qua.
Program yang telah diadakan di Pusat Pengajian Luar Universiti Malaya di Sg. Gombak itu telah dihadiri oleh 5 orang pegawai IWK dan 6 orang Ahli Jawatankuasa Proram Qua-Qua sebagai fasilitator. Program bermula pada jam 9 pagi dan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai program dan kemudian diikuti aktiviti di lapangan.
Program berakhir pada jam 3 petang. Secara keseluruhannya, keputusan ujian lapangan yang dijalankan menunjukkan Sg. Gombak masih dalam keadaan air sangat bersih dan program tersebut berjaya mencapai objektif serta diharap usaha murni bagi melaksanakan program kerjasama antara LUAS dan IWK dapat diteruskan.
0 comments:
Catat Ulasan