Selamat Datang ke blog Qua² Sg. Klang!

Qua² adalah program ulung LUAS bersama orang ramai terdiri dari sekolah dan komuniti untuk memantau tahap kualiti air sungai serta pendedahan awal kepada kesedaran memelihara, menjaga dan menghargai sungai sebagai sumber air yang utama. Jadi kepada semua member..lets do our part to save our rivers....

Selasa, 12 Januari 2010

Pqogram Qua-Qua Bersama Komuniti Sri Baiduri,Ukay Perdana

Pada 13 Disember 2009, satu Program Qua-Qua telah diadakan bersama komuniti Sri Baiduri, Ukay Perdana di mana program ini merupakan program perintis bersama komuniti penduduk.
Program yang diadakan di Rebutia Learning Center, Gombak ini telah berjaya menarik minat 28 orang penduduk daripada pelbagai peringkat umur untuk menyertai program ini.



Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Penolong Pengarah LUAS, En. Nor Zamri Bin Sondor dan diikuti majlis perasmian yang dirasmikan oleh Pengerusi persatuan HELWANI, Pn. Muhaidatul Ismah Binti Ismail. Pada program kali ini, buat julung kalinya juga, Program Qua-Qua ini diisi dengan satu taklimat daripada Indah Water konsortium (IWK) Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh En. Ahmad budaya Bin Ismail.











Secara keseluruhannya, keputusan pemantauan menunjukkan kualiti air Sungai Gombak adalah bersih.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya.

Tak lupa kepada fasilitator LUAS yang bertungkus lumus menjadikan program ini mencapai objektif..Thanks for u all..:-)



KUMPULAN STONEFLY NYMPH


Keputusan Pemantauan Fizikal :
  • 72 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik

Keputusan Pemantauan Kimia :
  • Kekeruhan : 0 ntu
  • Suhu : 24 0c
  • Oksigen Terlarut : 0 ppm
  • Nitrat : <5 ppm
  • Fosfat : 2 ppm
  • pH : 7

Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.01 (Air Bersih)


KUMPULAN DOBSONFLY LARVAE


Keputusan Pemantauan Fizikal :
  • 85 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah sangat baik

Keputusan Pemantauan Kimia :
  • Kekeruhan : 0 ntu
  • Suhu : 24 0c
  • Oksigen Terlarut : 2 ppm
  • Nitrat : <5 ppm
  • Fosfat : 2 ppm
  • pH : 8

Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 6.5 (Air Bersih)


KUMPULAN DAMSELFY NYMPH


Keputusan Pemantauan Fizikal :
  • 76 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik

Keputusan Pemantauan Kimia :
  • Kekeruhan : 0 ntu
  • Suhu : 24 0c
  • Oksigen Terlarut : 4 ppm
  • Nitrat : <5 ppm
  • Fosfat : 4 ppm
  • pH : 8

Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 8.0 (Air Sangat Bersih)


KUMPULAN MAYFLY NYMPH


Keputusan Pemantauan Fizikal :
  • 76 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik

Keputusan Pemantauan Kimia :
  • Kekeruhan : 0 ntu
  • Suhu : 24 0c
  • Oksigen Terlarut : 0 ppm
  • Nitrat : <5 ppm
  • Fosfat : 4 ppm
  • pH : 7

Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.4 (Air Bersih)


DALAM KENANGAN........

















Tiada ulasan: