Program ini dihadiri seramai 25 orang kakitangan dan turut hadir sebagai perserta program adalah Ketua Penolong Pengarah LUAS, En. Nor Zamri Bin Sondor dan juga Pegawai Undang-Undang LUAS, En. Shahrin Bin Nordin.
Program dimulakan pada jam 9.00 malam dan dirasmikan oleh En. Nor Zamri Bin Sondor. Pelbagai pengisian disediakan oleh AJK program yang dirasakan mampu memberi maklumat dan pemahaman yang lebih mendalam kepada peserta program. Antaranya adalah tayangan video mengenai kehidupan sebenar penunjuk biologi seperti mayfly nymphs dan damselfly nymphs. Turut disampaikan adalah beberapa kertas kerja antaranya "Pengurusan Peserta, Keselamatan dan Disiplin" yang disampaikan oleh En. Zolhezam Bin Mohammed Yusoff selaku komanden program.
Peserta program juga dibawa ke tapak ujian lapangan bagi memberikan gambaran sebenar ketika mengendalikan Program Qua-Qua yang akan datang. Sesi soal jawab juga diadakan di akhir program dan pelbagai pertanyaan diajukan bagi mendapat maklumat tambahan mengenai program.
Program berakhir pada jam 4 petang sebaik sahaja majlis penyampaian sijil kepada peserta program yang disampaikan oleh En. Nor Zamri Bin Sondor. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dan pihak Jawatankuasa mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada kakitangan yang akan menjadi fasilitator Program Qua-Qua bagi tahun 2010..:-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan