Selamat Datang ke blog Qua² Sg. Klang!

Qua² adalah program ulung LUAS bersama orang ramai terdiri dari sekolah dan komuniti untuk memantau tahap kualiti air sungai serta pendedahan awal kepada kesedaran memelihara, menjaga dan menghargai sungai sebagai sumber air yang utama. Jadi kepada semua member..lets do our part to save our rivers....

Rabu, 11 Januari 2012

PROGRAM QUA-QUA BERSAMA PERSATUAN AULAD IKRAM

Program Qua-Qua ini telah dijalankan di Rebutia Learning Centre Sdn. Bhd, Jalan Bentong Lama, Gombak pada Sabtu, 16 Mac 2011. Program bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Program ini disertai 30 orang peserta dari persatuan tersebut.

Pada jam 8.30 pagi, program dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Nazifi bin Nawawi. Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh wakil Persatuan Aulad Ikram. Program diteruskan dengan taklimat kursus oleh En. Zolhezam Bin Mohamed Yusof dan taklimat program oleh En. Nazifi Bin Nawawi.

Selesai sahaja majlis perasmian dan taklimat serta pembentangan, lebih kurang jam 10.30 pagi, para peserta dibahagikan kepada empat (5) kumpulan di mana seramai 1 fasilitator dari pihak LUAS ditempatkan bagi setiap kumpulan. Selepas pembahagian peralatan program, para pelajar dibawa ke tapak kajian, iaitu lebih kurang 3 km dari resort untuk mereka memulakan aktiviti di lapangan (ujian fizikal, ujian kimia & ujian biologi) dengan pemantauan fasilitator masing-masing.

Setelah menjalani aktiviti di lapangan, peserta dibawa kembali ke resort bagi menyediakan keputusan-keputusan kajian mereka dan dibantu oleh fasilitator masing-masing untuk menganalisis jenis-jenis organisma makro invertebrata yang diperolehi.

Selesai sesi pembentangan, program diteruskan dengan rumusan program oleh En. Zolhezam Bin Mohamed Yusof. Acara terakhir adalah majlis penyampaian sijil kepada para pelajar oleh setiap fasilitator dan penyampaian cenderahati oleh En. Nazifi bin Nawawi kepada wakil peserta Persatuan Aulad Ikram. Program berakhir setelah para peserta minum petang dan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan program.

Sabtu, 26 Mac 2011

Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Negeri Selangor


Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) akan menganjurkan Program Sambutan Hari Air Sedunia 2011 Peringkat Negeri Selangor pada:

TARIKH
2hb April 2011

TEMPAT
Dataran Kemerdekaan Shah Alam

MASA
2.00 Petang - 11.00 Malam


Aktiviti-aktiviti menarik menanti pengunjung. Sila hubungi 03 5511 1800 untuk sebarang pertanyaan.


Rabu, 9 Februari 2011

Program Alumni Skuad Qua-Qua LUAS Bil 1/2010

Buat julung kalinya, pihak LUAS telah mengadakan Program Alumni Skuad Qua-Qua pada 30-31 Oktober 2010 di The Jungle Lodge Resort, Gombak. Program ini diadakan khas untuk ahli skuad yang telah menyertai Kelab Qua-Qua LUAS.


Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Qua-Qua dengan kerjasama KSK LUAS ini telah berjaya menarik minat 33 peserta dari pelbagai latar belakang iaitu pelajar IPTS, guru-guru sekolah, sektor swasta dan komuniti masyarakat.

Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak urusetia yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan para peserta berkenaan kepentingan penjagaan sumber air, antaranya taklimat, gotong-royong membersihkan sungai dan forum.

















Program ini juga diadakan bagi pelancaran Tapak Pendidikan Program Qua-Qua LUAS di Sungai Gombak yang terletak di hadapan The Jungle Lodge Resort. Tapak Pendidikan ini merupakan yang pertama diwujudkan semenjak Program Qua-Qua diperkenalkan pada tahun 2008 dan akan dijadikan sebagai tapak pemantauan kualiti air bagi Program Qua-Qua LUAS.


Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Y.B Tuan Khasim Bin Abdul Aziz, ADUN Lembah Jayamerangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.


Program Qua-Qua Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2010

Pada 28 Mac 2010 (Ahad), satu program Sambutan Hari Air Sedunia 2010 peringkat Ampang Jaya telah diadakan di Taman Rimba Ampang di mana program ini dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dengan kerjasama LUAS.


Tema program ini ialah "Air Bersih Untuk Dunia Yang Lebih Sihat" dan telah dirasmikan oleh Y.B Puan Elizabeth Wong, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar.

Pada program ini, pihak LUAS telah menganjurkan Program Qua-Qua dan diadakan bersama Ahli Majlis MPAJ dan komuniti sekitar Ampang Jaya.























Program Qua-Qua Bersama Komuniti Taman Fajar atau Taman Warisan, Ulu Kelang

Pada 18 Mac 2010, satu sejarah tercipta dalam lipatan Program Qua-Qua LUAS di mana LUAS berjaya menganjurkan Program Qua-Qua bersama komuniti Taman Fajar atau Taman Warisan, Ulu Kelang dengan kerjasama Pejabat ADUN Hulu Klang, Y.B Tuan Saari Bin Sungib .

Program yang diadakan di kawasan komuniti itu sendiri ini telah berjaya menarik minat seramai 30 orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dari 2 buah komuniti tersebut. Dan lebih menarik, Y.B Tuan Saari Bin Sungib turut turun padang menyertai program ini.


Program Qua-Qua Bersama SK Convent 1, Klang

Pada 24 Julai 2010, LUAS berjaya menganjurkan Program Qua-Qua bersama guru-guru dan kakitangan SK Convent 1, Klang.

Program yang diadakan di Jungle Lodge Resort, Gombak ini telah berjaya menarik minat seramai 21 orang guru-guru dan kakitangan sekolah tersebut.


Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Penolong Kanan Sk Convent 1, Klang dan diikuti majlis perasmian yang dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah (Perundangan) LUAS, En. Shahrin Bin Nordin.


Secara keseluruhannya, keputusan pemantauan menunjukkan kualiti air Sungai Gombak adalah bersih.

Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya.

Tak lupa kepada fasilitator LUAS yang bertungkus lumus menjadikan program ini mencapai objektif..Thanks for u all..:-)




Rabu, 29 September 2010

Jemputan Menyertai Program Alumni Skuad Qua-Qua Bil 1/2010

Kepada Semua Yang telah Menyertai Program Qua-Qua LUAS..

Anda semua dijemput untuk menyertai Program Alumni Skuad Qua-Qua Bil 1/2010..

Tarikh : 30 & 31 Oktober 2010
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : The Jungle Lodge Resort, Jalan Bentong, Gombak.

* Program Dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali *

* Untuk maklumat lebih lanjut >>> www.luas.gov.my