Kepada Semua Yang telah Menyertai Program Qua-Qua LUAS..
Anda semua dijemput untuk menyertai Program Alumni Skuad Qua-Qua Bil 1/2010..
Tarikh : 30 & 31 Oktober 2010
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : The Jungle Lodge Resort, Jalan Bentong, Gombak.
* Program Dirasmikan oleh Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Mohamed Ali *
* Untuk maklumat lebih lanjut >>> www.luas.gov.my
Selamat Datang ke blog Qua² Sg. Klang!
Qua² adalah program ulung LUAS bersama orang ramai terdiri dari sekolah dan komuniti untuk memantau tahap kualiti air sungai serta pendedahan awal kepada kesedaran memelihara, menjaga dan menghargai sungai sebagai sumber air yang utama. Jadi kepada semua member..lets do our part to save our rivers....
Rabu, 29 September 2010
Selasa, 21 September 2010
Pertandingan Mereka Cipta Logo Qua-Qua
Hadiah Menarik Menanti ANDA !!!!
TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI KELAB QUA-QUA.
TARIKH TUTUP : 8 Okt 2010
untuk MAKLUMAT LANJUT >> www.luas.gov.my
Rabu, 21 April 2010
Program Qua-Qua Bersama KLMU
Pada 20 Fberuari 2010, satu Program Qua-Qua telah diadakan bersama pelaja-pelajar dari Kuala Lumpur Metropolitan University (KLMU), Danau Kota, Setapak di mana program ini merupakan program perintis bersama Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Program yang diadakan di Rebutia Learning Center, Gombak ini telah berjaya menarik minat 30 orang pelajar untuk menyertai program ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh wakil Pensyarah KLMU dan diikuti majlis perasmian yang dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah LUAS, En. Nor Zamri Bin Sondor.

Secara keseluruhannya, keputusan pemantauan menunjukkan kualiti air Sungai Gombak adalah bersih.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya.
Tak lupa kepada fasilitator LUAS yang bertungkus lumus menjadikan program ini mencapai objektif..Thanks for u all..:-)

Khamis, 4 Mac 2010
Pqogram Qua-Qua Bersama Industri Ansell Sdn. Bhd.
Pada 6 Februari 2010, satu sejarah tercipta dalam lipatan Program Qua-Qua LUAS di mana LUAS berjaya menganjurkan Program Qua-Qua bersama pihak industri iaitu Syarikat Ansell Sdn. Bhd.
Sejak ia dirasmikan, ini merupakan kali pertama program ini dijalankan bersama pihak industri.
Program yang diadakan di Rebutia Learning Center, Gombak ini telah berjaya menarik minat seramai 19 orang kakitangan syarikat Ansell yang terdiri daripada peringkat atasan pengurusan syarikat..Dan lebih menarik, General Manager Ansell, Robert (Bob) Jenkinson turut menyertai program ini..

Selasa, 12 Januari 2010
Pqogram Qua-Qua Bersama Komuniti Sri Baiduri,Ukay Perdana
Pada 13 Disember 2009, satu Program Qua-Qua telah diadakan bersama komuniti Sri Baiduri, Ukay Perdana di mana program ini merupakan program perintis bersama komuniti penduduk.
Program yang diadakan di Rebutia Learning Center, Gombak ini telah berjaya menarik minat 28 orang penduduk daripada pelbagai peringkat umur untuk menyertai program ini.

Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Penolong Pengarah LUAS, En. Nor Zamri Bin Sondor dan diikuti majlis perasmian yang dirasmikan oleh Pengerusi persatuan HELWANI, Pn. Muhaidatul Ismah Binti Ismail. Pada program kali ini, buat julung kalinya juga, Program Qua-Qua ini diisi dengan satu taklimat daripada Indah Water konsortium (IWK) Sdn. Bhd. yang disampaikan oleh En. Ahmad budaya Bin Ismail.

Secara keseluruhannya, keputusan pemantauan menunjukkan kualiti air Sungai Gombak adalah bersih.
Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya.
Tak lupa kepada fasilitator LUAS yang bertungkus lumus menjadikan program ini mencapai objektif..Thanks for u all..:-)

KUMPULAN STONEFLY NYMPH

Keputusan Pemantauan Fizikal :
Keputusan Pemantauan Kimia :
Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.01 (Air Bersih)
KUMPULAN DOBSONFLY LARVAE

Keputusan Pemantauan Fizikal :
Keputusan Pemantauan Kimia :
Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 6.5 (Air Bersih)
KUMPULAN DAMSELFY NYMPH

Keputusan Pemantauan Fizikal :
Keputusan Pemantauan Kimia :
Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 8.0 (Air Sangat Bersih)
KUMPULAN MAYFLY NYMPH

Keputusan Pemantauan Fizikal :
Keputusan Pemantauan Kimia :
Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.4 (Air Bersih)
DALAM KENANGAN........

- 72 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik
Keputusan Pemantauan Kimia :
- Kekeruhan : 0 ntu
- Suhu : 24 0c
- Oksigen Terlarut : 0 ppm
- Nitrat : <5 ppm
- Fosfat : 2 ppm
- pH : 7
Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.01 (Air Bersih)
KUMPULAN DOBSONFLY LARVAE
Keputusan Pemantauan Fizikal :
- 85 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah sangat baik
Keputusan Pemantauan Kimia :
- Kekeruhan : 0 ntu
- Suhu : 24 0c
- Oksigen Terlarut : 2 ppm
- Nitrat : <5 ppm
- Fosfat : 2 ppm
- pH : 8
Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 6.5 (Air Bersih)
KUMPULAN DAMSELFY NYMPH
Keputusan Pemantauan Fizikal :
- 76 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik
Keputusan Pemantauan Kimia :
- Kekeruhan : 0 ntu
- Suhu : 24 0c
- Oksigen Terlarut : 4 ppm
- Nitrat : <5 ppm
- Fosfat : 4 ppm
- pH : 8
Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 8.0 (Air Sangat Bersih)
KUMPULAN MAYFLY NYMPH
Keputusan Pemantauan Fizikal :
- 76 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik
Keputusan Pemantauan Kimia :
- Kekeruhan : 0 ntu
- Suhu : 24 0c
- Oksigen Terlarut : 0 ppm
- Nitrat : <5 ppm
- Fosfat : 4 ppm
- pH : 7
Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.4 (Air Bersih)
DALAM KENANGAN........
Isnin, 11 Januari 2010
Training On Trainers (TOT) Fasilitator
Pada 10 & 11 Disember 2009, satu program latihan TOT peringkat LUAS telah diadakan di Jungle Lodge Resort, Gombak. Program ini diadakan bagi melatih kakitangan terpilih untuk menjadi fasilitator yang tetap dan mahir bagi mengendalikan Program Qua-Qua LUAS pada tahun 2010.

Program ini dihadiri seramai 25 orang kakitangan dan turut hadir sebagai perserta program adalah Ketua Penolong Pengarah LUAS, En. Nor Zamri Bin Sondor dan juga Pegawai Undang-Undang LUAS, En. Shahrin Bin Nordin.

Program dimulakan pada jam 9.00 malam dan dirasmikan oleh En. Nor Zamri Bin Sondor. Pelbagai pengisian disediakan oleh AJK program yang dirasakan mampu memberi maklumat dan pemahaman yang lebih mendalam kepada peserta program. Antaranya adalah tayangan video mengenai kehidupan sebenar penunjuk biologi seperti mayfly nymphs dan damselfly nymphs. Turut disampaikan adalah beberapa kertas kerja antaranya "Pengurusan Peserta, Keselamatan dan Disiplin" yang disampaikan oleh En. Zolhezam Bin Mohammed Yusoff selaku komanden program.

Peserta program juga dibawa ke tapak ujian lapangan bagi memberikan gambaran sebenar ketika mengendalikan Program Qua-Qua yang akan datang. Sesi soal jawab juga diadakan di akhir program dan pelbagai pertanyaan diajukan bagi mendapat maklumat tambahan mengenai program.

Program berakhir pada jam 4 petang sebaik sahaja majlis penyampaian sijil kepada peserta program yang disampaikan oleh En. Nor Zamri Bin Sondor. Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dan pihak Jawatankuasa mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada kakitangan yang akan menjadi fasilitator Program Qua-Qua bagi tahun 2010..:-)

Program Qua-Qua Bersama IWK
Program Qua-Qua LUAS telah melangkah setapak maju apabila sedang dalam usaha merangka kerjasama untuk menjalankan program bersama pihak Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.
Lanjutan itu, pada 8 Oktober 2009, satu program Qua-Qua telah diadakan oleh LUAS bersama IWK yang bertujuan untuk memberi pengenalan yang lebih lanjut kepada pihak IWK mengenai Program Qua-Qua.

Program yang telah diadakan di Pusat Pengajian Luar Universiti Malaya di Sg. Gombak itu telah dihadiri oleh 5 orang pegawai IWK dan 6 orang Ahli Jawatankuasa Proram Qua-Qua sebagai fasilitator. Program bermula pada jam 9 pagi dan dimulakan dengan sesi taklimat mengenai program dan kemudian diikuti aktiviti di lapangan.

Program berakhir pada jam 3 petang. Secara keseluruhannya, keputusan ujian lapangan yang dijalankan menunjukkan Sg. Gombak masih dalam keadaan air sangat bersih dan program tersebut berjaya mencapai objektif serta diharap usaha murni bagi melaksanakan program kerjasama antara LUAS dan IWK dapat diteruskan.

Langgan:
Catatan (Atom)