Program Qua-Qua ini telah dijalankan di Rebutia Learning Centre Sdn. Bhd, Jalan Bentong Lama, Gombak pada Sabtu, 16 Mac 2011. Program bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Program ini disertai 30 orang peserta dari persatuan tersebut.
Pada jam 8.30 pagi, program dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Mohd Nazifi bin Nawawi. Kemudian disusuli dengan ucapan alu-aluan dan perasmian oleh wakil Persatuan Aulad Ikram. Program diteruskan dengan taklimat kursus oleh En. Zolhezam Bin Mohamed Yusof dan taklimat program oleh En. Nazifi Bin Nawawi.
Selesai sahaja majlis perasmian dan taklimat serta pembentangan, lebih kurang jam 10.30 pagi, para peserta dibahagikan kepada empat (5) kumpulan di mana seramai 1 fasilitator dari pihak LUAS ditempatkan bagi setiap kumpulan. Selepas pembahagian peralatan program, para pelajar dibawa ke tapak kajian, iaitu lebih kurang 3 km dari resort untuk mereka memulakan aktiviti di lapangan (ujian fizikal, ujian kimia & ujian biologi) dengan pemantauan fasilitator masing-masing.
Setelah menjalani aktiviti di lapangan, peserta dibawa kembali ke resort bagi menyediakan keputusan-keputusan kajian mereka dan dibantu oleh fasilitator masing-masing untuk menganalisis jenis-jenis organisma makro invertebrata yang diperolehi.
Selesai sesi pembentangan, program diteruskan dengan rumusan program oleh En. Zolhezam Bin Mohamed Yusof. Acara terakhir adalah majlis penyampaian sijil kepada para pelajar oleh setiap fasilitator dan penyampaian cenderahati oleh En. Nazifi bin Nawawi kepada wakil peserta Persatuan Aulad Ikram. Program berakhir setelah para peserta minum petang dan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan program.