Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Program Qua-Qua dengan kerjasama KSK LUAS ini telah berjaya menarik minat 33 peserta dari pelbagai latar belakang iaitu pelajar IPTS, guru-guru sekolah, sektor swasta dan komuniti masyarakat.
Pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak urusetia yang bertujuan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan para peserta berkenaan kepentingan penjagaan sumber air, antaranya taklimat, gotong-royong membersihkan sungai dan forum.
Program ini juga diadakan bagi pelancaran Tapak Pendidikan Program Qua-Qua LUAS di Sungai Gombak yang terletak di hadapan The Jungle Lodge Resort. Tapak Pendidikan ini merupakan yang pertama diwujudkan semenjak Program Qua-Qua diperkenalkan pada tahun 2008 dan akan dijadikan sebagai tapak pemantauan kualiti air bagi Program Qua-Qua LUAS.
Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh Y.B Tuan Khasim Bin Abdul Aziz, ADUN Lembah Jayamerangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan