Selamat Datang ke blog Qua² Sg. Klang!

Qua² adalah program ulung LUAS bersama orang ramai terdiri dari sekolah dan komuniti untuk memantau tahap kualiti air sungai serta pendedahan awal kepada kesedaran memelihara, menjaga dan menghargai sungai sebagai sumber air yang utama. Jadi kepada semua member..lets do our part to save our rivers....

Khamis, 4 Mac 2010

Pqogram Qua-Qua Bersama Industri Ansell Sdn. Bhd.

Pada 6 Februari 2010, satu sejarah tercipta dalam lipatan Program Qua-Qua LUAS di mana LUAS berjaya menganjurkan Program Qua-Qua bersama pihak industri iaitu Syarikat Ansell Sdn. Bhd.
Sejak ia dirasmikan, ini merupakan kali pertama program ini dijalankan bersama pihak industri.

Program yang diadakan di Rebutia Learning Center, Gombak ini telah berjaya menarik minat seramai 19 orang kakitangan syarikat Ansell yang terdiri daripada peringkat atasan pengurusan syarikat..Dan lebih menarik, General Manager Ansell, Robert (Bob) Jenkinson turut menyertai program ini..

Tiada ulasan: