Selamat Datang ke blog Qua² Sg. Klang!

Qua² adalah program ulung LUAS bersama orang ramai terdiri dari sekolah dan komuniti untuk memantau tahap kualiti air sungai serta pendedahan awal kepada kesedaran memelihara, menjaga dan menghargai sungai sebagai sumber air yang utama. Jadi kepada semua member..lets do our part to save our rivers....

Isnin, 27 Julai 2009

Qua-Qua Bersama SBPI Gombak


Pada 4 Julai 2009, satu Program Qua-Qua telah diadakan bersama 20 orang pelajar dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak bertujuan untuk memantau kualiti air Sg. Gombak.

Program tersebut diadakan di Jungle Lodge Resort Gombak dan dirasmikan oleh Ketua Penolong Pengarah LUAS, En. Nor Zamri Bin Sondor.

Secara keseluruhannya, keputusan pemantauan menunjukkan kualiti air Sungai Gombak adalah sangat bersih.

Tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya mengikuti program dengan jayanya.

Tak lupa kepada fasilitator LUAS yang bertungkus lumus menjadikan program ini mencapai objektif..Thanks for u all..:-)


KUMPULAN 1


Keputusan Pemantauan Fizikal :
  • 75 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik

Keputusan Pemantauan Kimia :
  • Kekeruhan : 0 ntu
  • Suhu : 24 0c
  • Oksigen Terlarut : 2 ppm
  • Nitrat : <>
  • Fosfat : 4 ppm
  • pH : 8

Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.6 (Air Sangat Bersih)


KUMPULAN 2


Keputusan Pemantauan Fizikal :
  • 85 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah sangat baik

Keputusan Pemantauan Kimia :
  • Kekeruhan : 0 ntu
  • Suhu : 24 0c
  • Oksigen Terlarut : 4 ppm
  • Nitrat : 5
  • Fosfat : 1 ppm
  • pH : 7

Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.6 (Air Sangat Bersih)


KUMPULAN 3



Keputusan Pemantauan Fizikal :
  • 68 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik

Keputusan Pemantauan Kimia :
  • Kekeruhan : 0 ntu
  • Suhu : 24 0c
  • Oksigen Terlarut : 4 ppm
  • Nitrat : <>
  • Fosfat : 1 ppm
  • pH : 7

Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.83 (Air Sangat Bersih)


KUMPULAN 4


Keputusan Pemantauan Fizikal :
  • 70 markah : Keadaan sungai dan persekitaran adalah baik

Keputusan Pemantauan Kimia :
  • Kekeruhan : 40 ntu
  • Suhu : 24 0c
  • Oksigen Terlarut : 4 ppm
  • Nitrat : 5
  • Fosfat : 2 ppm
  • pH : 8

Keputusan Pemantauan Biologi :
Indeks Biologi Kualiti Air : 7.3 (Air Sangat Bersih)

Tiada ulasan: